بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM W.B.T kepada sahabat- sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dikesempatan ini dapat juga kami menyiapkan sebuah blog yang berunsurkan dakwah islamiah yang bertujuan mencari mardhotillah dalam kehidupan seharian. Sebagaimana Syeikh Zainul Asri pernah menyebut mengenai dakwah. Dakwah ini bagai air yang menyusur batu. Walaupun air tidak dapat menembusi batu yang keras, ia akan tetap mengalir dicelahan batu tersebut. Mungkin dari atas, bawah, kiri, atau kanan. Hakikatnya dakwah pun begitu, walau sebesar mana pun halangannya, ia perlu sentiasa berjalan.
Sebelum kami menjalankan tugas kami selaku daie kontemporari. Ingin kami memperkenalkan rakan seperjuangan kami iaitu Zuraihan binti Zulkepli(Kedah), Fathiyyah binti Shafie(Kedah), Siti Aminah binti Safar(Johor), Aishah binti Mohd Zain(Kelantan) dan Maizurah binti Ibrahim(Kelantan). Meskipun tidak berasal dari negeri yang sama,namun semangat untuk memperkukuh ukhwah dan berkongsi ilmu sentiasa membara di hati kami. Diharapkan perkongsian ilmu di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat antara kita semua.In Shaa Allah.
"Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun." - Prof. Dr. Yusuf Qardhawi
Nice introduction girls, :-)
ReplyDeletethank you.
DeleteNice introduction girls, :-)
ReplyDeleteTerbaek
ReplyDelete