بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذى و العقبة المتقين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini sebagai khalifah sebagai hamba yang telah diklifkan kepada kita untuk menyebarkan dakwah secara lamgsung mahupun tidak langsung.
Pertama sekali saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian tentang cara-cara untuk kekal beristiqamah dalam melakukan kebaikan dan amalan-amalan soleh,antaranya:
- Bertaubat dari dosa dan maksiat kepada Allah.
- Sentiasa berdoa kepada-Nya memohon diberikan kekuatan dalam beramal soleh. Kata Imam al-Ghazali:" Itulah sebenarnya Allah mengajar kita yntuk sentiasa memohon hidayah daripada-Nya sekurang-kurangya tujuh belas kali dalam surah al-Fatihah yang kita bacakan dalam solat fardu seharian."
- Mendampingi orang yang soleh dan menjadikannya sebagai teman. Dinyatakan dalam hadis sahih kisah pembunuh yang telah membunuh seratus orang yang ingin bertaubat.Lalu orang alim yang mengajarnya bertaubat menyuruhnya berpindah ke tempat yang lain yang dihuni oleh puak yang soleh.Ini menunjukkan kepada kita kepentingan memiih teman,jiran dan pendamping yang soleh yang akan memudahkan kita istiqamah melakukan taat dan meninggalkan maksiat.
- Mujahadah untuk melakukan amal soleh walaupun bercanggah dengan kehendak nafsu dengan keyakinan bahawa Allah pasti akan memberikan banyak kelebihan bagi mereka yang istiqamah.Firman Allah SWT: "Dan kalaulah mereka (manusia dan jin) istiqamah di atas jalan (Islam),sudah tentu kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan,terutama menurunkan hujan lebat kepada mereka".
Wallahu a'lam.
Perkongsian yang baik
ReplyDeletePerkongsian yang baik
ReplyDelete