#header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg); "Coretan Kehidupan Kembara Ilmu": Khasiat buah kismis sebagai amalan sunnah kepada kita

Wednesday, 1 April 2015

Khasiat buah kismis sebagai amalan sunnah kepada kita

Selamat pagi sahabat-sahabat sekalian…
Dah sarapan ke belum..hehe
Baik..Sebelum kami membuka bicara, ada persoalan yang ingin kami pertanyakan kepda anda:-
Adakah anda penggemar buah kismis? atau Adakah anda menjadikan kismis sebagai makanan tambahan anda?

Kismis merupakan buah anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan dan juga terdapat jus kismis. ”Kismis lebih enak dimakan begitu saja”

 Ok..Petang ni kami ingin kongsikan sedikit info tentang khasiat kismis..

Ø  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.
Ø  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lender, menyihatkan badan, memperelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Ø  Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.


KHASIAT BUAH KISMIS
·         Meningkatkan daya ingatan pada minda
·         Melindungi hati.
·         Melawan bacteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
·         Membantu mengurangkan stress
·         Membantu merawat penyakit anemia
·         Membantu merawat masalah pelupa

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukarkan menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan. 



4 comments :