#header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg); "Coretan Kehidupan Kembara Ilmu": April 2015

Saturday, 25 April 2015

Kata-kata Biasa Yang Berbahaya


Assalamualaikum.... terima kasih masih bersama kami di laman blog ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Harap perkongsian ini kita dapat memberi sumbangan kepada sahabat yang lain dan tidak lupa juga kepada masyarakat seluruhnya.Amin Ya Rabbalalamin. 


(3 Kata-kata Biasa Yang Berbahaya)


1.      Kata-kata Khurafat.

Merujuk kepada kata-kata karut yang mengaitkan sesuatu yang tidak logik lagi tidak menepati sunnatullah.
     Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah berfirman :’’Ada dalam kalangan hamba-ku yang beriman dengan-ku dan kafir. Adapun sesiapa yang berkata ‘kita mendapat hujan atas kurniaan dan rahmat Allah’,itulah orang yang beriman dengan-ku dan kafir dengan bintang.
       Manakala sesiapa yang berkata ‘kita mendapat hujan disebabkan jenis bulan sekian dan sekian’,maka itulah orang yang kafir dengan-ku dan beriman dengan bintang.’’(Riwayat Muslim)
       Menjadi adat jahiliah orang arab pada zaman Nabi mengaitkan hujan dengan bentuk tertentu bulan.

2.      BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH

Ucapan lain yang biasa kedengaran ‘’Demi nabi,demi kemuliaanku,demi ibu bapaku.’’
  Suatu hari ibn umar mendengar seorang bersumpah ‘demi kaabah!;.Lantas beliau berkata kepadanya,’’Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda.’sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah maka dia telah syirik!’’(Riwayat Abu Dawud)

3.     MENYAMATARAFKAN ALLAH DENGAN MAKLUK DALAM UCAPAN

Ucapan lain yang biasa kedengaran ‘’Kalau tidak kerana Allah dan engkau.’’ini semua  berkat Allah dan engkau.’’Kalaulah tidak kerana dia dan Allah,pasti tidak menjadi.’’
       Seseorang berkata kepada Nabi’’Masya-Allah wa syi’ta(Apa yang Allah kehendaki dan juga engkau).’’
       Lantas Nabi menegurnya:’’Adakah engkau hendak menjadikan aku setaraf dengan Allah? Bahkan cukup.’’masya-Allah’sahaja.(Riwayat Ahmad)
       Dalam kesempatan lain Nabi mendidik sahabat Baginda.”Janganlah kamu berkata ‘apa yang Allah kehendaki dan juga si polan’.Sebaliknya sebut ’apa yang Allah kehendaki.kemudian apa yang polan kehendaki.’’(Riwayat Abu Dawud)
         Daripada konteks, kita boleh katakanya bahawa si pengucapnya bukanlah berniat untuk menyekutukan Allah.
Wallahua’lam.


Tuesday, 21 April 2015

Cara untuk Kekal Istiqamah

بسم الله الرحمن الرحيم 

الحمد لله الذى و العقبة المتقين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya  dapat kita berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini sebagai khalifah sebagai hamba yang telah diklifkan kepada kita untuk menyebarkan dakwah secara lamgsung mahupun tidak langsung.

Pertama sekali saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian tentang cara-cara untuk kekal beristiqamah dalam melakukan kebaikan dan amalan-amalan soleh,antaranya:

  • Bertaubat dari dosa dan maksiat kepada Allah.
  • Sentiasa berdoa kepada-Nya memohon diberikan kekuatan dalam beramal soleh.  Kata Imam al-Ghazali:" Itulah sebenarnya Allah mengajar kita yntuk sentiasa memohon hidayah daripada-Nya sekurang-kurangya tujuh belas kali dalam surah al-Fatihah yang kita bacakan dalam solat fardu seharian."
  • Mendampingi orang yang soleh dan menjadikannya sebagai teman. Dinyatakan dalam hadis sahih kisah pembunuh yang telah membunuh seratus orang yang ingin bertaubat.Lalu orang  alim yang mengajarnya bertaubat menyuruhnya berpindah ke tempat yang lain yang dihuni oleh puak yang soleh.Ini menunjukkan kepada kita kepentingan memiih teman,jiran dan pendamping yang soleh yang akan memudahkan kita istiqamah melakukan taat dan meninggalkan maksiat.
  • Mujahadah untuk melakukan amal soleh walaupun bercanggah dengan kehendak nafsu dengan keyakinan bahawa Allah pasti akan memberikan banyak kelebihan bagi mereka yang istiqamah.Firman Allah SWT: "Dan kalaulah mereka (manusia dan jin) istiqamah di atas jalan (Islam),sudah tentu kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan,terutama menurunkan hujan lebat kepada mereka".
Wallahu a'lam.


   

Sunday, 5 April 2015

How to drink water as per sunnah?

Assalamualaikum I wish to all of my fellow friends.How are you today?I wish that all of you are in the pink of health always.In Shaa Allah..Today I want to share with you one of the Sunnah our Prophet, Muhammad S.A.W.Sometimes we kept talking about sunnah but sometimes we also kept forgot how to make it the sunnah as our routine.So,today I want remind to all my dearest friend and of course to my own self.

My beloved friends,did you always watch how the people nowadays drink?Whether we realize or not,people nowadays seem have forgot the true way to drink with sunnah.So,how the proper way to drink like our Prophet teach?If you have forgot,let me remind all of you once more again..
Add caption

So,how to drink water?As per sunnah?
1)Drink water with your right hand
2)Drink water by sitting
3)Start drinking water with saying Bismillah
4)See the water before drinking
5)Drink water in 3 slips
6)Remove utensil from your mouth after each sip
7)After finishing each sip say Alhamdulillah
8)After 3 slips of drinking water,say finally Alhamdulillahi Wasshukru lillaah


Beside the sunnah way of drinking water,did you know the benifits if we keep it as our sunnah?Firstly,our knees are functional always,backbone is always strong,heart valves never stop and mind is always active.In Shaa Allah..biiznillaah..I have kept it as my routine and Alhamdulillah it is very amazing.So,what are you waiting for?Let's do it right!!

Wednesday, 1 April 2015

Khasiat buah kismis sebagai amalan sunnah kepada kita

Selamat pagi sahabat-sahabat sekalian…
Dah sarapan ke belum..hehe
Baik..Sebelum kami membuka bicara, ada persoalan yang ingin kami pertanyakan kepda anda:-
Adakah anda penggemar buah kismis? atau Adakah anda menjadikan kismis sebagai makanan tambahan anda?

Kismis merupakan buah anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan dan juga terdapat jus kismis. ”Kismis lebih enak dimakan begitu saja”

 Ok..Petang ni kami ingin kongsikan sedikit info tentang khasiat kismis..

Ø  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.
Ø  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lender, menyihatkan badan, memperelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Ø  Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.


KHASIAT BUAH KISMIS
·         Meningkatkan daya ingatan pada minda
·         Melindungi hati.
·         Melawan bacteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
·         Membantu mengurangkan stress
·         Membantu merawat penyakit anemia
·         Membantu merawat masalah pelupa

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukarkan menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan.