بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....semoga pembaca dalam keadaan sihat -sihat sahaja dan berada dalam naungan Allah swt ........pada hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai usrah dan kelebihannya...ya! memang benar usrah begitu sinonim dan biasa bagi semua orang,teapi ramai sebenarnya orang diluar sana tidak mengetahui kehebatan dan keistimewaan usrah....sebenarnya kesan daripada usrah itu sangat menabjubkan dan memberi banyak manfaat kepada yang mengikuti apabila kita menghargai dan menghayati sepanjang berada dalam program usrah tersebut....
baiklah ....disini saya ingin menjelaskan kepada semua apa itu usrah......usrah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang digalakkan dan merupakan salah satu cara dalam menyampaikan dakwah islamiah. Ia adalah sunnah yang sangat penting pada permulaan berkembangnya islam dimuka bumi ini....usrah dari segi bahasanya berasal dari bahasa arab yang bermaksud keluarga .Dari segi istilah usrah bermaksud perkumpulan kecil (biasanya 5-8 orang) yang dibentuk atas dasar persaudaraan untuk mendalami ilmu agama dan saling tolong- menolong dalam pelbagai aspek kehidupan..
saudara saudari sekalian ,...mengapa kita digalakkan untuk menyertai usrah?....disini saya ingin menjawab persoalan tersebut......mari kita lihat beberapa sebab mengapa kita perlu sertai usrah...antara beberapa sebab ialah :
- menambah ilmu Jangan biarkan kita tiada peningkatan ilmu agama......disinilah kita semua dapat kongsikan seberapa banyak mungkin ilmu yang kita ada daripada setiap ahli usrah. tidak semua ahli usrah mempunyai ilmu yang sama. setiap ahli usrah dapat bertukar -tukar pendapat dan ilmu masing-masing...sacara tak langsung ia dapat membantu meningkatkan lagi ilmu dunia dan ilmu akhirat semua ahli usrah...
- mengeratkan silaturrahim ahli usrah sememangnya bukan seperti kawan biasa malah ia seperti adik-beradik yang diikat dengan ukhuwah islamiyyah. InsyaAllah ukhuwah yang terbentuk dari tarbiah usrah sukar digugat dan kuat ikatannya..kenapa? kerana ahli-ahli usrah mmempunyai niat ikhlas untuk bersama-sama dalam mencari ilmu dan keredhaan Allah .
- melatih diri berbahas dan memberi pendapat dalam ilmu agama dan isu isu semasa,berbahas dan bersoal jawab memang akan menambahkan ilmu kita.InsyaAllah ahli usrah yang lain akan berusaha dan membantu untuk menjawab segala persoalan yang diajukan.
usrah mempunyai beberapa ciri-ciri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan diantara ciri-ciri tersebut ialah:1 usrah hendaklah bersifat mutawasil iaitu berterusan. sesuatu pembentukan yang bersifat sekali -sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.
2 Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut ,pekerja mahupun pemimpin.ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiyah.
3 Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada huqaba' mahupun ahli.
4 Diantara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat apabila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin.

Usrah itu penting..... iman kita kadang-kala ada turun.dan naik ....jom sertai usrah
ReplyDelete