#header:hover{ -webkit-transition-duration: 2s; -moz-transform: rotate(7deg); -webkit-transform: rotate(7deg); "Coretan Kehidupan Kembara Ilmu": Kata-kata Biasa Yang Berbahaya

Saturday, 25 April 2015

Kata-kata Biasa Yang Berbahaya


Assalamualaikum.... terima kasih masih bersama kami di laman blog ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Harap perkongsian ini kita dapat memberi sumbangan kepada sahabat yang lain dan tidak lupa juga kepada masyarakat seluruhnya.Amin Ya Rabbalalamin. 


(3 Kata-kata Biasa Yang Berbahaya)


1.      Kata-kata Khurafat.

Merujuk kepada kata-kata karut yang mengaitkan sesuatu yang tidak logik lagi tidak menepati sunnatullah.
     Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah berfirman :’’Ada dalam kalangan hamba-ku yang beriman dengan-ku dan kafir. Adapun sesiapa yang berkata ‘kita mendapat hujan atas kurniaan dan rahmat Allah’,itulah orang yang beriman dengan-ku dan kafir dengan bintang.
       Manakala sesiapa yang berkata ‘kita mendapat hujan disebabkan jenis bulan sekian dan sekian’,maka itulah orang yang kafir dengan-ku dan beriman dengan bintang.’’(Riwayat Muslim)
       Menjadi adat jahiliah orang arab pada zaman Nabi mengaitkan hujan dengan bentuk tertentu bulan.

2.      BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH

Ucapan lain yang biasa kedengaran ‘’Demi nabi,demi kemuliaanku,demi ibu bapaku.’’
  Suatu hari ibn umar mendengar seorang bersumpah ‘demi kaabah!;.Lantas beliau berkata kepadanya,’’Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda.’sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah maka dia telah syirik!’’(Riwayat Abu Dawud)

3.     MENYAMATARAFKAN ALLAH DENGAN MAKLUK DALAM UCAPAN

Ucapan lain yang biasa kedengaran ‘’Kalau tidak kerana Allah dan engkau.’’ini semua  berkat Allah dan engkau.’’Kalaulah tidak kerana dia dan Allah,pasti tidak menjadi.’’
       Seseorang berkata kepada Nabi’’Masya-Allah wa syi’ta(Apa yang Allah kehendaki dan juga engkau).’’
       Lantas Nabi menegurnya:’’Adakah engkau hendak menjadikan aku setaraf dengan Allah? Bahkan cukup.’’masya-Allah’sahaja.(Riwayat Ahmad)
       Dalam kesempatan lain Nabi mendidik sahabat Baginda.”Janganlah kamu berkata ‘apa yang Allah kehendaki dan juga si polan’.Sebaliknya sebut ’apa yang Allah kehendaki.kemudian apa yang polan kehendaki.’’(Riwayat Abu Dawud)
         Daripada konteks, kita boleh katakanya bahawa si pengucapnya bukanlah berniat untuk menyekutukan Allah.
Wallahua’lam.


1 comment :